Ads 468x60px

Friday 9 May 2014

BUASIR YANG MEMERITKAN KINI PULIH

Hemorrhoid iaitu lebih sinonim sebagai BUASIR di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut.

Jenis, tanda dan simptom berlakunya buasir bergantung pada kawasan sekitar anus di mana buasir itu terjadi.

Menurut Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain, seseorang itu tidak boleh melihat atau berasa buasir bahagian dalaman tetapi apabila meneran sewaktu membuang air besar, permukaan buasir yang lembut akan tercedera dan mengakibatkannya berdarah.
‘‘Anda mungkin akan terlihat beberapa titik darah merah pada tisu tandas atau dalam mangkuk tandas.

Disebabkan membran anus dalaman tidak mempunyai saraf fiber yang peka terhadap rasa sakit, pesakit jarang mengalami rasa tidak selesa atau kesakitan.

“Tetapi, anda mungkin mengalami rasa ‘penuh’ di dalam rektum selepas membuang air besar. Ada ketikanya, apabila meneran, ia akan menolak keluar buasir dalaman melalui pembukaan di anus. Jika buasir itu prolaps (atau terkeluar dari kedudukan asalnya), pesakit akan berasa sakit dan tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, bagi pesakit yang mengalami buasir luaran pula, mereka akan mengalami rasa sakit. Kadangkala, darah yang terkumpul di dalam buasir luaran ini akan membeku (trombus) dan mendatangkan rasa sakit yang keterlaluan, pembengkakan dan inflamasi.

Apabila iritasi berlaku, buasir luaran boleh mengakibatkan pesakit mengalami kegatalan atau perdarahan.

Jikalau buasir sampai tahap yang kritikal memang memerlukan pembedahan. Memang mengerikan...


Jangan risau, saya akan membantu anda dengan set terbaik dan lengkap untuk memulihkan masalah buasir anda. HUBUNGI SAYA 019-7700957 (SMS/WHATSAPP)





Salam sayang  dari saya

Shaklee Simpang Renggam
SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare



0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates