Ads 468x60px

Thursday 20 August 2015

Fakta Nutrisi Yang Terdapat Di Dalam Multi-Vitamin

Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
 

Diantara fungsi vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Vita-Lea adalah :

  1. Vita A - berfungsi untuk kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  2. Vita D - Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  3. Vita E - Sebagai anti-oksida, membentuk kepejalan kulit, kulit lebih berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, mengurangkan risiko sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem reproduktif lelaki dan mengurangkan kesan parut.
  4. Vita C - Sebagai anti-oksida, melawan kanser, meransang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah.
  5. Asid Folik - Menggalakkan kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, memperbaiki kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, mengurangkan masalah anemia terutamanya kepada ibu mengandung, mencegah osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit.
  6. Vita B1 - Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecergasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, mengurangkan masalah keresahan, mabuk laut atau darat dan mengurangkan petanda herpes zoster.
  7. Vita B2 - Menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, tidaklah kita rasa mengantuk selepas menjamu selera terutamanya selepas makan tengahari. Mencegah anemia, mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan.
  8. Vita B3 - Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit birit, migrain, ulser, nafas berbau, juga baik untuk pencernaan perut dan usus.
  9. Vita B6 - Memetabolismakan protien, memperbaiki otot, mengurangkan senggugut, sebagai penenang, memberi tenaga, elakkan muntah-muntah (diambil selepas makan), bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas dan anemia.
  10. Vita B12 - Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, memperbaiki selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, menajamkan memori, meningkatkan daya fokus, keupayaan seksual, mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetes dan memperbaiki rabun.
  11. Biotin - Membantu B-Kompleks berfungsi dengan lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban dan gugur, memperbaiki masalah diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.
  12. Vita B5 - Meredakan tekanan, memberi kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, meredakan kesan sampingan akibat pengambilan ubat antibiotik, mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  13. Kalsium - Perkasakan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut.
  14. Fosforus - Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis, anoreksia.
  15. Iodin - Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen atau otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal dan membantu mengawal berat badan.
  16. Zat Besi - Membantu dalam pembentukan hemoglobin, meredakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit serta mengelakkan keletihan dan anemia.
  17. Magnesium - Menjaga kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, mendatangkan sifat penenang secara semulajadi, mencegah tekanan, mengurangkan masalah diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
  18. Copper - Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, memelihara kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah pembengkakan.
  19. Zink - Memperkasa sistem imun, mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan keupayaan seksuan lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau serta menajamkan minda.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Vita-Lea dan cara membuat tempahan, boleh hubungi tira. Segala pertanyaan dari anda akan tira jawab dengan segera dan sebaiknya. In Shaa Allah.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates