Apakah sembelit?
Sembelit ialah keadaan
dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air
besar.
Adakah ianya sesuatu yang biasa berlaku di
kalangan kanak-kanak dan apakah faktor yang menyumbangkan kepada keadaan ini?
Ø Masalah ini adalah biasa di kalangan
kanak-kanak tetapi biasanya hanya sementara.
Ø Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
v Pengambilan serat yang tidak mencukupi.
v Pengambilan cecair yang tidak mencukupi.
v Kurang bersenam.
v Menahan keinginan untuk buang air besar.
v Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit
contoh penyakit Hirschprung atau hypothyrodism.
v Ubat-ubatan contoh ubat tahan sakit narkotik.
Bagaimanakah cara untuk saya tahu jika anak
saya sembelit?
Tanda-tanda dan
gejalanya termasuk :
ü Tidak membuang air besar untuk beberapa hari
atau keadaan najisnya kering dan keras.
ü Sakit perut.
ü Sakit ketika membuang air besar seperti
menyempitkan duburnya, tidak boleh duduk diam dan muka bertukar menjadi
kemerah-merahan.
ü Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam
kanak-kanak.
Apakah masalah yang akan terjadi sekiranya
menghidapi sembelit?
ü Terjadinya luka kecil dibahagian dalam dubur
(anal fissure) yang boleh menyebabkan perdarahan dan kesakitan.
ü Enggan membuang air besar.
ü Merasa malu disebabkan kesan kotoran najis
pada seluar dalam.
ü Komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang
dihidapi contoh usus tersumbat dalam penyakit Hirschprung.
Bagaimanakah mengendalikan kanak-kanak
sembelit?
1- Penilaian
§ Penting untuk menilai situasi bagi mengecam
dan merawat penyakit yang dihidapi.
2- Pemakanan
§ Lebihkan pengambilan makanan berserat
(buah-buahan, sayuran hijau dan bijirin) dan cecair di dalam pemakanan harian
kanak-kanak.
§ Untuk bayi yang masih kecil dan belum
memulakan pengambilan makanan adalah penting untuk memastikan susu yang di
ambil mencukupi. Pertukaran susu formula mungkin boleh dilakukan selepas
mendapat nasihat dari doktor.
3- Latih tabiat ke tandas
§ Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala
dan tetap waktunya.
4- Senaman
§ Bersenam secara berkala boleh membantu masalah
sembelit.
5- Ubat-ubatan
§ Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin
memberi ubat untuk melembutkan najis atau enema bagi mengeluarkan najis.
Bagaimanakah latihan tabiat ke tandas
dilakukan?
§ Anak anda harus duduk di atas mangkuk tandas
sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.
§ Semasa membuang air besar, anak anda boleh
membaca buku.
§ Konsisten, kesabaran dan ketekunan diperlukan
supaya latihan ini berjaya.
Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini
daripada terjadi?
§ Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat
dan air yang mencukupi.
§ Senaman secara tetap dan berkala.
§ Melatih tabiat membuang air besar setiap hari.
Apakah tanda-tanda amaran untuk diberi
perhatian?
Dapatkan nasihat
daripada doktor anda jika:
Ø Sembelit berlarutan melebihi 8 minggu.
Ø Aktiviti harian anak terjejas.
Ø Berlaku luka kecil di bahagian dalam dubur.
Ø Sebahagian kecil daripada usus terkeluar
daripada dubur (termasuk buasir).
Ø Gagal mengeluarkan najis melalui dubur.
Ø Terdapat kesan kekotoran najis pada seluar
dalam anak.
Cadangan set sembelit, klik di sini >> Atasi Sembelit dengan Supplemen Semulajadi
Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang produk dan cara pengambilan yang betul. Anda akan mendapat konsultasi percuma sepanjang pengambilan supplemen ini.
Shaklee Simpang Renggam
SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare, Awak Nampak Cantik
0 comments:
Post a Comment