Ramai juga yang masih keliru perbezaan di antara ubat dan vitamin. Tak kurang juga yang bertanya; perlu ke kita makan vitamin kalau kita dah ambil makanan seimbang? Saya jawab YA kerana badan kita tak boleh menghasilkan (sintesis) vitamin sendiri, kecuali vitamin D (perlukan cahaya matahari). Tambahan pula dengan gaya hidup serba ringkas, serba segera zaman sekarang ni lagilah memaksa kita mengambil vitamin atau makanan tambahan.
Perlu diingat, vitamin bukan ubat ye! Jika anda mengidap sebarang penyakit yang memerlukan perhatian khusus, sila dapatkan nasihat perubatan dari mereka yang pakar. Vitamin dan supplement adalah untuk orang sihat supaya kekal sihat. Jom baca apa beza di antara vitamin dan ubat.
Sedikit Info Salah Faham Tentang Supplement
- Supplement adalah ubat ? TIDAK. ---> Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang "asing" untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
- Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan? Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.
- Semua supplement sama saja ? TIDAK. ---> Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi.
- Supplement memberi kesan sampingan? BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAk memberi kesan sampingan.
- Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja ? TIDAK. ---> Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan.
Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin?
Tun Mahathir adalah pengamal suplemen, bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan buah pemikiran) dengan atuk kita yang seusia dengannya (yang tak ambil suplemen). Jelas kan?
Secara ringkas perbezaan di antara ubat dan vitamin untuk anda renung-renungkan. Jom baca! ~
Ubat
|
Vitamin (Food
supplement)
|
Ubat adalah bahan
yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita
dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
|
Bahan berkhasiat,
semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita
akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ
|
Merupakan ejen-ejen bahan
kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan
biokimia dan proses-proses enzim
|
Bahan berkhasiat ini
membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita
|
Boleh menyebabkan kesan
sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh
menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga
berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya
|
Tidak menimbulkan kesan
sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja.
Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia
juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos
|
Bertindak baik secara
berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat yang lain dan
boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
|
Ia bertindak lebih baik secara
bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya
harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
|
Baik dimakan biasanya di
antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara
satu sama lain.
|
Boleh diambil bersama
makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan
penghadaman makanan
|
Berkemungkinan mengakibatkan
maut jika diguna secara berlebihan
|
Selamat diambil, tiada
risiko maut
|
Menghasilkan kesan kepada
setiap orang
|
Tidak menghasilkan kesan kepada
tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.
|
Bertindak cepat, secara agresif
dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam
|
Bertindak secara perlahan,
mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh
|
Merawat kesan atau tanda-tanda
sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan
memulihkannya
|
Merawat terhadap punca penyakit
|
Perlu pengawasan rapi bagi
mengelakkan `overdose’
|
Tidak perlu pengawasan rapi.
Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi
maka ia tidak akan menerimanya lagi
|
Orang lebih tua perlukan ubat
dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang
lebih serius berbanding orang muda
|
Orang tua perlukan lebih banyak
sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem
penghadaman yang semakin lemah
|
Ubat boleh menyebabkan penyakit
|
Vitamin mengawal badan dari
terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan
virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan
|
DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA... CALL/SMS/WHATSAPP: 019-7700957
0 comments:
Post a Comment