Ads 468x60px

Showing posts with label AJHT. Show all posts
Showing posts with label AJHT. Show all posts

Sunday, 22 February 2015

SET SENDI TERBAIK ! KESAN SEAWAL 5 HARI

Menderita.. Ketidakselesaan.. SAKIT SENDI ?

Sakit Sendi membuat anda rasa tidak selesa dan boleh menjejaskan hidup anda kerana dihalang dari melakukan aktiviti yang anda gemari.

Tahukah Anda ?

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia ( bendalir yang melicinkan sendi-sendi ) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Punca Sakit Sendi dan Ketidakselesaan ?

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.

Siapa yang Memerlukan Supplemen Sendi ?

�� Lelaki dan wanita dewasa yang mencari produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka
�� Orang tua yang kebiasaanya mengalami tulang rawan menyusut dan sukar bergerak
�� Orang muda yang mempunyai gaya hidup aktif

Rawatlah segera sakit sendi dan tulang anda dengan Set Sendi :-

1) Omega Guard

✅ Membantu kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
✅ Membantu mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout secara efektif
✅ Mengelakkan radang / inflamasi

2) Joint Health Tablet

✅ Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
✅ Menyokong sakit sendi di lutut dan bahagian belakang
✅ Membantu memelihara tisu penghubung yang sihat
✅ Memingkatkan keselesaan sendi dan fungsi sendi

3) Ostematrix

✅ Formula yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan bitmain D Zinc, kuprum, magnesium dan baron.
✅ Pengambilan 600mg kalsium sebelum tido dapat membantu memperbaiki kebas-kebas, sakit sendi dan artritis.

Ayuh.. Peliharalah sendi yang kuat  fleksible dan bebas bergerak

Berminat? Whatsapp saya : 019-770 0957

Saturday, 12 July 2014

HILANGKAN SAKIT LUTUT, SENDI DAN TULANG DENGAN SHAKLEE

Walaupun ramai yang menganggap sakit lutut, sendi dan tulang ini sinonim dengan golongan warga emas, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalami kesakitan pada lutut, sendi dan tulang ini. Mereka yang aktif bersukan seperti pemain bola, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit lutut, sendi ataupun tulang ini pada bila-bila masa. Hatta anda yang sedang berada di hadapan PC ini pun pasti pernah mengalami sakit urat dan sendi di bahagian bahu dan tengkuk, bukan?


Bagaimana mengetahui anda mengalami penyakit sendi?

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami keradangan, kaku dan sukar bergerak.

Apakah punca yang menjadikan bahagian di kawasan sendi sakit?

1. Rheumatoid Arthritis



Rheumatoid arthritis adalah penyebab nyeri sendi kronik yang paling lazim. Ia bukanlah satu penyakit khas untuk golongan tua seperti yang biasa dianggap umum kerana golongan muda juga boleh terkena penyakit ini. Penyakit rheumatoid arthritis berpunca daripada kerosakan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat penyebab keradangan, terutama di bahagian sendi. Bahagian tubuh yang sering diserang penyakit ini adalah sendi jari tangan dan kaki dan tulang belakang. Rheumatoid arthritis menyebabkan keradangan dan pembengkakan selaput sendi dan lama kelamaan merosakkan kapsul sendi dan seterusnya tendon. Dan akhirnya, ia menyebabkan deformasi pada tulang dan kesukaran untuk bergerak.

2. Osteoarthritis



Osteoarthritis adalah penyakit sendi degeneratif (umumnya menyerang mereka yang berusia 45 tahun ke atas). Pesakit osteoarthritis juga mengalami nyeri sendi tetapi tidak bermula dengan keradangan. Nyeri sendi akan dirasai apabila mengangkat berat dan pada waktu mula-mula bergerak dari posisi istirehat. Faktor yang menyebabkan osteoarthritis ini adalah penuaan dan juga penggunaan sendi yang berterusan. Akibat geseran ini, lama kelamaan tulang rawan akan menjadi haus dan menyebabkan rasa nyeri terutama pada bahagian pinggul, lutut, tangan, kaki, dan tulang belakang.

3. Ankylosing spondylitis



Ankylosing spondylitis adalah salah satu bentuk arthritis juga. Mereka yang mengalami penyakit ini sering mengalami rasa nyeri dan keradangan terutamanya pada sendi tulang belakang dan juga pinggul. Gejala dirasai semasa tidur, setelah bangun tidur atau setelah lama tidak aktif. Untuk kes yang berat, ankylosing spondylitis boleh menyebabkan percantuman tulang belakang sehingga menyebabkan bongkok, yang dikenal sebagai kyphosis. Keparahan kes adalah berlainan dan tidak semua penderita mengalami gabungan tulang belakang. Sesetengah orang mungkin hanya mengalami sakit punggung atau pinggul secara berkala. Seperti juga rheumatisme, ankylosing spondylitis adalah penyakit autoimun yang menurun.

4. Psoriatik Arthritis

Arthritis ini adalah kesan sampingan daripada penyakit psoriasis. Pembengkakan yang menyakitkan dapat terjadi pada semua sendi, terutama ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan punggung bawah. Gejala biasanya disertai dengan masalah kulit. Sekitar 30-40% orang dengan gejala psoriasis akan mengalami psoriatik arthritis, meskipun sering kali tidak didiagnosis, terutama jika gejalanya ringan. Psoriatik arthritis biasanya terjadi antara usia 30-50 tahun, namun ia boleh terjadi tidak mengira usia dan kepada lelaki mahupun wanita.

5. Gout (asam urat)

Jika rasa sakit tajam berada di sekitar ruas dan pergelangan kaki, penyebabnya mungkin adalah gout. Gout adalah hasil kadar asam urat (asid urik) yang tinggi dalam darah. Rasa sakit sendi biasanya disertai dengan bengkak, kemerahan, dan hangat.

Selain daripada lima situasi di atas, penyakit lupus (SLE) dan penyakit-penyakit yang lain seperti demam urat, cacar air, hepatitis, dan influenza juga dapat menyebabkan nyeri pada sendi.

Bagaimana nak hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang ini?

Kaedah biasa yang digunakan untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini ialah dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Penderita penyakit ini juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan melakukan pembedahan tetapi kosnya lebih mahal dan mengambil masa untuk pesakit mudah bergerak semula.

Alternatif untuk hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang

Bagi mengelakkan pembedahan mahupun pergantungan kepada ubat demi menghilangkan rasa sakit, mereka yang mengalami sakit lutut, sendi dan tulang ini boleh mengambil nutrien semulajadi sebagai alternatif.

Zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan sendi yang sihat ialah:

Glukosamina - Bagi membina semula tulang rawan dan bendalir sinovia yang semakin berkurangan (haus).
Vitamin C - Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang.
Omega-3 - Bagi mengurangkan keradangan/inflamasi dalam sendi
Kalsium dan mineral - Bagi menjamin kekuatan dan kesihatan tulang.

Set Kesihatan Sendi Shaklee


Jadi, sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplemen iaitu, Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan OsteMatrix.

Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:

Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.

OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!

Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, sakit lutut, sendi dan tulang anda akan berkurangan dan anda akan lebih bebas untuk bergerak. Untuk mendapatkannya, hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Salam sayang  dari saya

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare

Saturday, 10 May 2014

PERLIHARA SENDI YANG SIHAT DAN KUAT

Set Kesihatan Sendi ini mampu memelihara sendi yang kuat, fleksibel & bebas bergerak. 

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Dan demikian, ianya ternyata sangat membebankan kita. 

SENDI YANG SHAT

Sendi yang tidak sihat:-



Rheumatoid arthritis (RA)
•Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. 
•Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA .

Osteoarthritis (OA) 

•Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain. 
•Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

Seliuh

•Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 
•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.

Tendinitis

•Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon. 
•Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.


Simptom-simptom sendi yang tak sihat: 

  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak 
  • Kesakitan 
  • Berkeriut atau bunyi klik bising

Apabila usia kita semakin meningkat, tulang-tulang akan hilang kalsium & lain-lain mineral. Jadi, kepadatan tulang juga akan berkurangan. Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang & tulang rawan mula menggosok antara satu sama lain & menyebabkan kesakitan.

Ada beberapa cara untuk melegakan kesakitan sendi:
  1. Ubat atau suntikan - Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara masa & merosakkan organ-organ dalaman
  2. Pembedahan - mahal & pergerakan terhad
  3. Pengmbilan supplemen 





Untuk memelihara sendi, Shaklee menawarkan Set Kesihatan Sendi Shakleeyang terdiri daripada AJHT, Omega Guard & Ostematrix. Set ini bertindak dengan 3 cara:

  1. Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat - AJHT mengandungi glukosamina yang menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi dengan meningkatkan kesan kusyen & memelihara tisu penyambung yang sihat
  2. Mengurangkan keradangan - Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan, mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi & bertindak sebagai pelincir (membantu anda bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit). Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja
  3. Mengekalkan sel tulang yang sihat - Ostematrix mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)magnesium (Bantumengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya),vitamin D (merangsang penyerapan kalsium),boron (bantu dalam metabolismatulang),mangan,kuprum & zink (mengaktifkan enzim yang membantudalam pembinaan kepadatan tulang)
JOM SIHAT DENGAN SET SENDI SHAKLEE!!!
 
Blogger Templates