Ads 468x60px

Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Kalsium Penting untuk Kesihatan Tulang


Kita memerlukan kalsium yang cukup setiap hari bagi menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan menyokong sistem saraf.

Ia juga penting dalam merawat tulang yang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 

Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tidak berbau dan sesuai untuk mereka yng tidak suka minum susu.

~ A'thirah Aider ~
019.770.09.57


I'm Young Entrepreneur

http://azalea-beauty.blogspot.com

Wednesday, 26 August 2015

6 Manfaat Ostematrix bagi Ibu Mengandung


Ostematrix ialah tablet yang tinggi dengan kalsium dan kalsium sangat diperlukan oleh ibu yang sedang mengandung.


Apakah manfaat Ostematrix pada ibu yang sedang mengandung ?

1- Membekalkan kalsium secukupnya

1 tablet Ostematrix bersamaan dengan 1 cawan susu tinggi kalsium. Sekiranya ibu hamil tidak gemar minum susu atau mengalami alahan terhadap susu ketika hamil, pengambilan OSTEMATRIX sangat membantu ibu mendapatkan kalsium yang cukup.

2- Mengurangkan kebas-kebas dan sakit pinggang

Ketika hamil, adalah perkara biasa pada ibu mengalami sakit pinggang dan kebas-kebas. Dengan pengambilan OSTEMATRIX ini mampu mengurangkan masalah tersebut.

3- Mengimbangi tekanan darah

Tekanan darah tinggi adalah masalah biasa yang dialami oleh ibu yang sedang hamil. Maka dengan pengambilan OSTEMATRIX yang konsisten dapat membantu ibu hamil menstabilkan tekanan darah.

4- Menggalakkan tidur yang selesa

Apabila kandungan semakin membesar, ibu hamil mula berasa kurang selesa untuk tidur. Justeru, pengambilan OSTEMATRIX mampu memberikan keselesaan kepada ibu hamil.

5- Mengelakkan sembelit ketika hamil

Masalah sembelit juga sering berlaku kepada ibu hamil. OSTEMATRIX bukan sekadar kalsium tetapi mengandungi Magnesium yang secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis dan juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. 

6- Mengelakkan dari terkena cramp @ kekejangan

Kejang kaki adalah akibat daripada kekurangan mineral kalsium dan magnesium. Kandungan OSTEMATRIX yang lengkap dengan kalsium, magneseium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. 

Jadi,kepada ibu-ibu hamil yang ingin mendapatkan OSTEMATRIX, boleh hubungi tira ye..

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Kenapa Ibu Mengandung Perlukan Kalsium Yang Cukup


Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. 

Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.

Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

OSTEMATRIX tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.

Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Anda sedang mengandung sama dengan tira ? Jom dapatkan OSTEMATRIX.. Tira dah, anda bila lagi ?

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Sunday, 23 August 2015

Pilihan Kalsium untuk Ibu Hamil


Kalsium sangat penting untuk Ibu Hamil kan... So, untuk pastikan tira dapat kalsium yang cukup waktu hamil yang ke-3 ni, sudah tentu la tira pilih Ostematrix.

Ostematrix ni bila diambil sehari 4 biji bersamaan dengan 1000mg kalsium.. Tambahan bukan kalsium je tira dapat.. Tapi 400mg magnesium yang berfungsi untuk membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkanya... Juga terdapat di dalam Ostematrix ni iaitu Vitamin D 400IU ( meransang penyerapan kalsium ), Boron ( membantu dalam metabolisma tulang ) serta Mangan, Tembaga & Zinc ( Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang )..

Best kan... Ostematrix ni bukan sekadar kalsium je tau... tapi mengandungi tambahan nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan terutama ibu yang sedang hamil... Like me.. Hahaha..

So, kepada ibu-ibu hamil sekalian, mesti kene ade sebotol untuk pastikan anda semua cukup kalsium untuk keperluan harian ye... Oh ye.. Alhamdulillah sepanjang mengamalkan Ostematrix di kehamilan yang ke-3 ni, memang banyak perbezaan yang tira rasa.... 

Terutamanya sembelit tu seolah-olah tak wujud lagi.. berbanding kehamilan pertama dan kedua,.. mesti tak lepas dari sembelit... pulak tu, kene buasir.. Ouuuhh... Sungguh sakit... Selain tu, kesihatan badan terutamanya di bahagian pinggang juga dapat diatasi...

Sekian saja perkongsian tira tentang Ostematrix ni ya,... 

Berminat nak dapatkan Ostematrix ni, jangan segan-segan hubungi tira ya...

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Saturday, 22 August 2015

6 Peranan Kalsium Bagi Ibu Hamil


Kalsium memiliki peranan yang penting kepada tubuh manusia terutamanya kepada ibu hamil yang memerlukan 3x ganda keperluan kalsium berbanding mereka yang tidak hamil. Ini kerana kalsium amat diperlukan bermulanya ketika proses ovulasi sehinggalah bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Disini tira huraikan peranan kalsium dengan lebih terperinci agar ibu-ibu hamil yang membaca info ini akan mementingkan keperluan kalsium.

1- Penting ketika Proses Ovulasi

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

2- Penting untuk Tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

3- Penting untuk Gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi

4- Penting untuk Jantung 

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

5- Penting untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit sperti keradangan kulit dan jerawat.

6- Penting untuk Pertumbuhan dan Kesihatan Janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider


Wanita Hamil Memerlukan 1200 mg Kalsium Sehari

Mengapa kalsium sangat diperlukan sepanjang kehamilan? 


Dianggarkan sebanyak 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang. Apabila kalsium yang diambil setiap hari berkurangan daripada keperluan maka kalsium dari tulang akan dilepaskan mengikut keperluan kalsium pada hari itu. 

Namun, jika pengambilan kalsium cukup setiap hari maka tulang akan menjadi kuat. Keperluan kalsium ibu hamil setiap hari meningkat berbanding wanita tidak hamil. Ibu hamil memerlukan kalsium sehingga 1,200 mg setiap hari berbanding hanya 400 mg bagi wanita normal. 

Kalsium dapat melindungi bayi dalam kandungan serta mengelakkan risiko anak mengalami hipertensi. Jadi, ibu yang mengandung perlu mengambil berat pengambilan makanan mereka setiap hari. Pastikan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, keju, ikan salmon dan lain-lain lagi masuk dalam senarai menu harian sepanjang hamil.

Anda juga boleh mengamalkan supplemen kalsium Shaklee bagi menambah keperluan kalsium untuk anda dan bayi yang dikandung. Ini kerana dengan pengambilan 4 biji sehari dapat memenuhi keperluan kalsium untuk anda berdua..


Nak info lanjut tentang kalsium Shaklee boleh hubungi tira ya.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Manfaat yang Anda Perolehi dari Sebiji Pil Kalsium

TAHUKAH ANDA !

OSTEOMATRIX Terbukti secara klinikal meningkatkan absoption kalsium.


Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada supplement adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan supplement.

Penggunaan hanya 2 caplets dari Ostematrix menyebabkan dalam peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam

MANFAAT KALSIUM SHAKLEE  
  1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
  3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE 
  1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.
  2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis

TIPS MEMILIH KALSIUM PREMIUM.

** Pilih produk kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium. 
** Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
** Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Ostematrix dan cara membuat tempahan, boleh hubungi tira. Segala pertanyaan dari anda akan tira jawab dengan segera dan sebaiknya. In Shaa Allah.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Pil Kalsium untuk Kesihatan Tubuh Badan

Ostematrix merupakan Pil Kalsium dan lebih dikenali sebagai Pil Putih dikalangan mereka yang amat jatuh cinta dengan keberkesanannya. Walaubagaimanapun, ianya berkesan adalah dengan izinNya yang Maha Menyembuh.

Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.


Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi. Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan Pil Kalsium a.k.a Pil Putih ini, boleh hubungi tira ya.. In Shaa Allah tira akan bantu anda dengan sebaiknya.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Ia Bukan Sekadar Kalsium

TAHUKAH ANDA !

Jisim Tulang Berkembang ke Tahap Maksimum Pada Umur 28, Dan Mengurang Selepas Itu.


OSTEMATRIX merupakan kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.


Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Nak info lanjut, hubungi tira ya. Segala pertanyaan dari anda akan tira jawab dengan segera dan sebaiknya. In Shaa Allah.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider




Sunday, 16 August 2015

JIKA ANDA vs OSTEMATRIX


Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!

Jika anda dapatkan ostematrix, ia sangat-sangat berbaloi.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

10 FAKTA TENTANG KALSIUM


Jom baca beberapa fakta penting mengenai kalsium yang perlu anda ketahui :-


1) Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat.

2) Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

3) Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.

4) Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.

5) Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.

6) Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang.

7) Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.

8) Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.

9) Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.

10) Kalsium laktat dan kalsium aspartat kedua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider




Wednesday, 15 July 2015

AWAS !.. Sembelit yang Sangat Menyiksakan !

Sakit Perut / Susah Buang Air Besar juga dikaitkan dengan Sembelit. Sembelit begitu menyiksa bagi mereka yang pernah merasakannya. Sembelit yang berlaku pada diri kita boleh membuatkan lubang pembuangan air besar menjadi pedih dan boleh membuatkan 'lubang itu' berdarah. Sembelit disebabkan oleh feses (tinja) yang mengeras. Ini disebabkan anda terlalu lama tidak melakukan pembuangan air besar. Kekurangan cairan juga salah satu penyebab anda mengalami sembelit. Sebolehnya kita haruslah membuang air besar setiap hari dan seeloknya di waktu pagi. Kalau boleh, jangan membiarkan diri anda tidak membuang air besar lebih dari 3 hari kerana feses akan mengeras.


Jika organ dalam badan kita bermasalah dan lama tidak membuang air besar, ini akan membuatkan kita menjadi sembelit. Sembelit juga membuat perut nampak buncit dan rasa angin akan terkumpul dalam badan lalu menjadi diri anda tidak selesa. Sembelit untuk jangka masa yang agak lama, boleh mengakibatkan konstipasi. Penyebab seseorang sulit membuang air besar bermacam-macam jenis.  Anda janganlah khuatir kerana ada beberapa cara sederhana yang dapat dilakukan untuk mencegah atau mengurangkan sembelit. Anda juga harus tahu mengapa terjadinya sembelit.

 Antara Perkara Yang Membuatkan Anda Sembelit Adalah :

 


1) Kurangnya minum air suam dan tidak suka makan makanan yang berserat seperti sayuran
2) Makan makanan yang terlalu masam dan terlalu pedas
3) Pergerakkan otot usus abnormal mungkin disebabkan oleh ubat, panas dalam badan dll
4) Kadang-kadang kehamilan juga menjadi penyebab tapi tidak semua orang yang kena
5) Suka menunda buang air besar mungkin kerana anda sibuk membuat kerja rumah atau pejabat
6) Usus kurang elastis atau tidak kuat untuk mengecut dan mengembangkan otot
7) Kurangnya aktiviti senaman, kurang bergerak, terlama duduk membuatkan usus besar kurang bekerja sehingga feses sulit turun
8) Gangguan pada sistem pencernaan
9) makanan/minum minuman yang pekat atau kelat seperti coklat dan teh


Bagaimana detox membantu untuk mengatasi sembelit ?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. 

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan

Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Antara produk yang membantu untuk mengatasi sembelit.

Kami mempunyai beberapa produk yang boleh membantu anda untuk mengatasi dan mengelak terjadinya sembelit dan secara langsung dapat mengurangkan perut buncit serta membantu penurunan badan dengan cara yang selamat. InsyaAllah secara selamat kerana kesemua suplemen ini berasaskan sumber semulajadi dan semestinya bukan sintetik!

1) Herblax 
Fungsi-fungsinya :- 

√ Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita 
√ Produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi 
√ Mengandungi 9 herba semulajadi dan menggalakkan pembersihan secara lembut dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan dalam jangka masa panjang 
√ Ia membantu untuk mengelakkan sembelit  
√ Membantu pembersihan usus dan detoks 
√ Meningkatkan pelawasan pada sistem pencernaan 
√ Membantu mengempiskan perut 
√ Diambil setiap hujung minggu sahaja 

* Tidak sesuai untuk ibu menyusu (untuk ibu menyusu anda boleh mengambil ALFALFA) 

2) Alfalfa Complex
Fungsi-fungsinya :-

√ Selain membantu dalam sistem pelawasan, Alfalfa juga membantu dalam pelawasan 
√ Turut bertindak sebagai kacip fatimah kepada wanita 
√ Turut membantu sebagai 'milk booster' untuk ibu yang menyusukan 
√ Diambil setiap hari 

3) Lecithin 
Fungsi-fungsinya :-

√ Penting dalam proses pembuangan lemak di dalam badan 
√ Ia adalah 'pengemulsi semulajadi' yang membantu memecahkan lemak dan menghalang lemak daripada melekat di dinding membrane 
√ Antara produk yang banyak membantu dalam proses penurunan berat badan 

4) Ostematrix 
Fungsi-fungsinya :-

√ Ostematrix Shaklee terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D 
√ Bagi wanita yang berpantang, ramai yang mengamalkan Ostematrix untuk mengelakkan sembelit - Selain itu ia membantu untuk kita lebih mudah bangun di pagi hari 
√ Melembutkan najis semasa proses pembuangan

Sekiranya anda benar-benar mahu mengatasi masalah sembelit dan sistem percernaan yang kurang lawas saya sangat mengesyorkan untuk mengambil keempat-empat suplemen di atas. Bukan hanya membantu mengelakkan sembelit tetapi turut membantu membersihkan usus besar dan seterusnya mampu membantu penyerapan vitamin-vitamin lain dengan lebih maksimum. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang produk dan cara pengambilan yang betul. Anda akan mendapat konsultasi percuma sepanjang pengambilan supplemen ini.

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
 
Blogger Templates