Ads 468x60px

Saturday 22 August 2015

6 Peranan Kalsium Bagi Ibu Hamil


Kalsium memiliki peranan yang penting kepada tubuh manusia terutamanya kepada ibu hamil yang memerlukan 3x ganda keperluan kalsium berbanding mereka yang tidak hamil. Ini kerana kalsium amat diperlukan bermulanya ketika proses ovulasi sehinggalah bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Disini tira huraikan peranan kalsium dengan lebih terperinci agar ibu-ibu hamil yang membaca info ini akan mementingkan keperluan kalsium.

1- Penting ketika Proses Ovulasi

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

2- Penting untuk Tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

3- Penting untuk Gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi

4- Penting untuk Jantung 

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

5- Penting untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit sperti keradangan kulit dan jerawat.

6- Penting untuk Pertumbuhan dan Kesihatan Janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates