Ads 468x60px

Wednesday, 14 January 2015

Zinc Complex membantu dalam merawat JERAWAT

Entry di hari Rabu..

Jom kita baca bagaiman Zinc Complex membantu merawat JERAWAT !


1)    Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit


2) Zinc bersifat anti-inflamasi (mempunyai ciri-ciri anti-radang) --> Membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat

3)   Zinc boost immune system --> Membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat (Propionibacterium acnes)

4)   Zinc is an important co-factor in helping the body to process vitamin A and E; yang mana kedua-duanya juga turut membantu tubuh melawan jerawat

Zinc - Vitamin A - Vitamin E --> Gabungan ketiga-tiga vitamin dan mineral ini membantu tubuh mengawal hormon. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit

5)    Zinc juga membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar

6)  Zinc terlibat dalam sistesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan --> Kedua2nya penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal pengeluaran minyak secara normal

Dapatkan zinc complex dengam harga yang berpatutan dari saya. Info lanjut tentang produk, boleh hubungi saya.. Saya mengalu-alukan setiap soalan dari minda anda. Saya akan membantu anda dalam mencapai kehidupan yang lebih sihat dan baik.


Salam sayang  dari saya

Shaklee Simpang Renggam
SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare

"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

Tuesday, 6 January 2015

Apa kepentingan supplement Garlic pada tubuh badan manusia?

Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.
Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.
Jom selidik, apa pula kepentingan supplement Garlic pada tubuh badan manusia?
1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)- Perut memulas (stomach upset)- Cirit-birit (Diarrhea)- Bronkitis- Luka-luka (infected wounds)- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing.

Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
Info lanjut tentang produk, boleh hubungi saya.. Saya mengalu-alukan setiap soalan dari minda anda. Saya akan membantu anda dalam mencapai kehidupan yang lebih sihat dan baik.

Salam sayang  dari saya

Shaklee Simpang Renggam
SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare

"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

Monday, 5 January 2015

Pantang Larang Dan Tips Pengambilan Suplement

1. Protein-

sebaiknya diambil di waktu pagi semasa pesut kosong..kerana waktu pagi metabolisme kita tinggi..

2. Alfalfa-

tidak boleh diambil bersama vit E atau GLA.. vit E akan menghalang penyerapan alfalfa

3. Ostematrix-

kalsium sebaiknya diambil di waktu malam..sebelum tidur

4. Vit C-

Patahkan 2 dahulu semasa demam, batuk atau selsema

5. vitalea-

- Jangan diambil dengan miman bersusu kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi(iron)
- Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap
-dlm kes vitalea ni yana rasa tak amik dgn vit C sekali pun takpa sbb dlm vitalea itself dah ade vit c

6.Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) -

Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein

-mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin..
-kalu nak maik minuman berkafein gak..amik 1/2 jam sebelum atau selepas mkn suplemen

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare

"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

Sunday, 4 January 2015

Ohh Kolagen ! Benarkah?

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi 
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata 
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim 
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah. 
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri. 

FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
  
TANDA TANDA PENUAAN 
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare

"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

Wednesday, 26 November 2014

Vitamin C hanya RM15.00 SEBULAN???..

Salam Semua.. Salam Rabu....
Semoga Pembaca-Pembaca Sekalian Sihat sejahtera...
Ok, Back to our topic pagi ni... Vitamin C yang saya makan hanya RM15.00 sebulan.....

BETUL KER???… Ya... Vitamic C saya hanya RM15.00 sebulan!!..
Bagaimana Vitamin C anda??? Adakah lebih murah dari yg ini?? Cuba anda kira!...

Apa yang saya dapat dengan Vitamin C  berharga RM15.00 :-
>> Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
>> Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
>> Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
>> Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
>> Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
>> Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
>> Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
>> Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
>> Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
>> Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

Yahhoooo... Rasa2 Berbaloi? Sangat berbaloi kan... Apa tunggu lagi... Jom dapatkannya dari saya sekarang.... Anda rugi jika tak grab sekarang.... Ramai dah berjaya mendapatkan kecantikan idaman....
Salam sayang  dari saya

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare

"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

Saturday, 22 November 2014

Kesihatan Semulajadi untuk Suami Tercinta...

Assalamualaikum semua... Pagi ni tira nak share testemoni tentang suami tira yang menghidapi kecing manis plus darah tinggi.

Suami tira baru minggu ni start makan set kencing manis dan set darah tinggi shaklee ni.. Sebab nye dia amik set shaklee ni, stok ubat doktor dah abis.. So dia tanya la si isteri tentang set shaklee ni.. So tira mula-mula just suggest Zinc Complex dan GLA Complex untuk Kencing Manis, dan untuk darah tinggi, tira suggest Garlic Complex..

Lepas beberapa hari, tira tanya feedback beberapa hari ni tanpa amik satu ubat doktor pun.. Jawapan dia lebih kurang macam ni la :

" Asik nak kencing je, mungkin ubat ni tak kawal kadar gula gaknye.. Cuma walaupun kerap kencing, badan langsung tak rasa letih macam amik ubat doktor sebelum ni..."

So tira pun tanya la kepada kak zura kenapa dia kerap kencing.. Atas penerangan kak zura, dia suruh bagi Alfalfa. Then tira pun terus bagitau husband suruh makan alfalfa.

Baru je kejap tadi tira tanya feedback lagi, dia cakap kerap kencing tu dah tak de lagi.. dan badan pun rasa ok...

Semoga check up seterusnya akan dapat keputusan yang memberansangkan.. Suami tira cakap, kalau keputusan nanti ok, dia nak terus makan Shaklee ni... 

Nanti tira update lagi bila dah ada keputusan yang akan datang ye... Sekarang ni, last check up  14++..

Ni la set yang husband tira makan sekarang... Semoga Allah memberi dia kesihatan berpanjangan.. Amin.. 


"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

Kenali Tanda-Tanda Penyakit pada diri anda!...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia wahai semua para pembaca budiman...

Untuk entry ni, saya kongsikan anda tanda-tanda penyakit pada diri anda melalui bahagian luaran dan dalaman badan anda seperti berikut :-

A) Bahagian Luaran
- Mata

- Hidung dan Tekak

- Rongga Oral
- Telinga
- Kulit
- Kaki dan Tangan


B) Bahagian Dalaman
- Kepala

- Kencing

- Najis
- Tubuh


Jom kita baca lebih mendalam mengenai tanda-tanda penyakit ini..

1- Mata

> Mata Merah, Gatal : Toksin tinggi dijantung, menandakan jantung didalam proses mengawal selia

> Penglihatan Kabur : Kerap diwaktu pagi, jantung sedang mengawal selia

> Menitiskan air mata : Beban kerja yang tinggi, emosi tidak stabil

> Tahi Mata : Tanda keresahan & stress, rehat

2- Hidung dan Tekak

> Selesema, Demam : Proses detoksifikasi oleh tekak, keasidan yang tinggi didalam tubuh. Jika demam tak sembuh, teruskan pengambilan supplemen & berjumla dengan doktor

> Bersin : Proses detoksifikasi oleh tekak, mengawal selia proses akibat peparu yang lemah. Elakkan makanan terproses dan berkimia.

> Tekak Kering : Proses detoksifikasi oleh tubuh. Minumlah lebih air dan detoks.

> Hidung Tersumbat : Kadar toksin yang tinggi dipeparu.

> Batuk : Batuk Berkahak [Satu proses detoksifikasi oleh tekak]. Batuk Kering. [Tahap toksin tinggi di dalam peparu. Disebabkan oleh kegatalan tekak. Proses detoksifikasi oleh tekak dan peparu. Kerap bagi mereka yang terdedah pada persekitaran tercemar atau berasap].

> Sakit Tekak : Seperti Diatas. Tahap toksin yang tinggi.

3- Rongga Oral

> Lidah atau Gusi bengkak, sakit : Masalah jantung seperti injap semilunar lemah, lemak tinggi, salur darah koronari tersumbat.

> Bibit Kering & Pecah : Tahap toksin tinggi di dalam perut.

> Nafas Berbau : Mengawal selia perut untuk detoksifikasi.

> Ulser Mulut : Hidup yang stress, detoksifikasi hati. Tahap asid tinggi didalam darah.

> Bibir Pucat : Sistem pencernaan yang lemah. Penyerapan yang lemah. Anemia akibat ketidakmampuan penyerapan.

4- Telinga

> Tahi Telinga : Tahap toksin yang tinggi diginjal, tand detokfsifikasi.
> Tinnitus : Mengawal selia ginjal yang lemah

5- Kulit

> Peluh Masin : Tahap asid urea disebabkan oleh pengambilan daging dan makanan terproses.

> Peluh Berbau : Tahap toksin tinggi di dalam tubuh, detoksifikasi melalui peluh.

> Macula dan Bernanah : Detoksifikasi lemah dan toksin larut air oleh tubuh.

> Macula yand Gatal : Pengambilan terlalu banyak ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia.

> Jerawat : Stress untuk jangkamasa yang panjang, tidur lewat, diet tidak betul, dan malnutrisi. Menandakan prosos detoksifikasi oleh hati, usus dan endokrin yang mengawal selia.

> Kulit luka dan berair : Detoksifikasi toksin larut air.

> Rambut Gugur : Fungsi ginjal yang lemah. Tubuh mendapat dan mengekalkan nutrisi melalui rambut gugur. Rambut yang akan bakal tumbuh akan lebih lebat dan sihat bila symptom berhenti.

6- Kaki dan Tangan

> Sakit Sendi : Menandakan berkerja terlalu keras atau cedera dibahagian terjejas, kemungkinan simptom gout atau sakit sendi. Tubuh sedang mengawal selia dan menyerap nutrien.

> Sakit Bahu : Menandakan peredaran darah yang lemah, metabolism tak normal. Ataupun salur darah tersumbat dengan lemak darah berlebihan.

> Sakit Tumit : Mengawal selia sistem reproduktif yang lemah.

> Kebas pada Tangan dan Tapak Tangan Sebelah Kiri : Menandakan jantung lemah. Mesti member perhatian pada fungsi jantung apabila kebas bertukar menjadi sakit. Ambil program "Love your Heart Program" dengan segera.

> Kebas pada Tapak Tangan : Peredaran darah yang lemah pada bahagian atas subuh.

> Tapak Kaki rasa Terbakar : Ketakutan untuk jangkamasa yang lama, stress, insomnia menyebabkan ginjal lemah.

> Kebas pada Kaki : Peredaran darah yang lemah pada bahagian bawah tubuh.

> Sakit tapak kaki : Menandakan ginjal yang lemah. Biasa disebabkan oleh kurang senaman dan postur duduk yang tidak berubah.

> Ibu Jari kaki Gatal : Mengambil terlalu banyak MSG, makanan berkimia dan ubat-ubatan.

7- Kepala 

> Pening : Mengawal selia anemia atau keadaan tekanan darah tak stabil.

> Sakit didepan Kepala : Neurosis akibat stress mental

> Sakit dibelakang Kepala : Menandakan tekanan darah tinggi dan stress berterusan.

> Sakit kepala dan rasa angin meniup dalam telinga : Mengawal selia migrain.

> Bernanah di Kepala : Detoksifikasi sedang berlaku. Mungkin berkaitan dengan migrain.

> Teramat Pening : Menandakan tekanan darah yang serius atau peredaran darah yang lemah.

8- Kencing

> Kerap Kencing : Sisa berlebihan di dalam ginjal

> Kencing mengandungi bahan berserbuk : Pengeluaran batu karang dari salur urinari atau ginjal.

> Kencing mengandungi minyak : Menandakan sisa lemak berlemak berlebihan di dalam ginjal.

> Warna kencing keruh kuning : Detoksifikasi sedang berlansung. Normal apabila memulakan supplemen dietary, tubuh sedang mengalami penyesuaian dan mengawal selia, minum air dengan banyak.

> Kencing mengandungi darah : Batu karang atau ginjal rosak, ambil leih Alfalfa, Omega Guard dan Lecithin.

9- Najis 

> Najis Berdarah : Najis berwarna Merah [ Ulser rectum atau hemoroid, tau rectum cedera akibat proses detoks terlalu pantas. Ambil lebih Vitamin C, Zinc Coplex, Alfalfa]. 

> Cirit-birit atau kerap membuang air besar : Reaksi detoks normal usus. Rasa sakit sedikit apabila toksin berlebihan terkumpul.

> Najis berwarna Hitam : Pengeluaran najis dan toksin yang tersumbat didalam usus.

> Sembelit : Pengeluaran toksin dari usus kecil atau metabolism terlalu cepat atau kurang bendalir.

> Kentut : Mengawal selia sistem pencernaan, simptom peningkatan bakteria yang mesra.

10- Tubuh

> Sakit pada bahagian tubuh : Mengawal selia nadi dan saraf

> Sakit : Meneutralkan tubuh asidik. Akibat dari salur darah tersumbat dan peredaran yang lemah. Tubuh sedang membersihkan salur darah saluran tenaga.

> Kejang dengan tiba-tiba : Nadi, saraf dan organ lain sedang mengawal selia.

> Tubuh rasa ketat dengan mendadak : Proses peredaran darah.

> Selera Kuat : Tanda jangka pendek sel menjadi lebih sihat dan diaktifkan.

> Penat dan Malas : Tahap keasidan tubuh yang tinggi. Mengawal selia sedang berlangsung, tubuh perlu rehat untuk pulih. Stress dan keresahan yang berpanjangan.

> Insomnia : Jangkamasa kawal selia sel-sel tubuh.

> Tubuh "Panas" (Dehidrasi) : Tahap keasidan tubuh yang tinggi, terutama toksin yang disimpan didalam lemak. Detoks melalui pembakaran lemak menyebabkan "panas" pada tubuh. Ambil lebih sayuran, buah-buahan dan minum air yang banyak.

> Tubuh beras ringan : Penghasilan tenaga dalaman untuk mengekalkan kesihatan.

Semoga info ini bermanfaat kepada anda yang membaca..

Wassalam..


"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."
 
Blogger Templates