Ads 468x60px

Wednesday 22 October 2014

Masalah Sembelit Kanak-kanak... Puncanya dan penyelesaiannnya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Anak-anak anda pasti pernah mengalami sembelit kan?? Tiap-tiap kali membuat mesti sembelit kan.. Adakalanya, tak membuang sampai 3-4 hari... Saya disini ingin kongsi maklumat tentang sembelit anak-anak..

Jom baca lagi>>>

ANTARA TANDA-TANDA ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH SEMBELIT

~    Sakit perut (datang dan pergi)
~    Kurang lapar berbanding biasa
~    Berkelakuan resah dan tidak selesa
~    Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
~    Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
~    Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perutnya.

DALAM MASA JANGKA PANJANG MASALAH SEMBELIT AKAN MENYEBABKAN

~    Buang air dalam seluar. Hujung usus besar (rektum) anak anda dipenuhi najis dan ini menyebabkan ia mengembang. Anak anda mungkin tidak terasa mahu buang air kerana rektum ini sentiasa mengembang.
~    Dalam keadaan ini, najis boleh keluar sendiri tanpa disedari. Dalam istilah perubatan, sembelit disebut enkopresis atau inkontinen feses.

PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH SEMBELIT

1. Ia disebabkan keadaan semula jadi. Sesetengah kanak-kanak ada pergerakan usus yang perlahan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Selain itu tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.
2 . Perkara ini menyebabkan lama kelamaan najis menjadi keras dan besar menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.
3.  Jadual ke tandas perlu dipupuk dan dijadikan waktu khusus yang tiada gangguan. Menahan keinginan untunk buang air akan menyebabkan proses buang air besar menjadi lebih sakit dan payah.
4. Kadangkala pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah) juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
5. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sembelit makan seperti biasa. Meningkatkan pengambilan serat dan air biasanya tidak membantu mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi sesetengah kanak-kanak yang memang ada kecenderungan mengalami sembelit, kekurangan serat boleh memburukkan keadaan.
6. Luka pada dubur menyebabkan kanak-kanak berasa sakit dan tidak mahu ke tandas. Jadi mereka akan cuba bertahan dan keadaan ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
7. Penyakit seperti ketiadaan hujung saraf di dalam usus, kecacatan saraf tunjang, kekurangan hormone tiroid dan beberapa gangguan metabolik juga boleh menyebabkan sembelit. Bagaimanapun ia kes terpencil dan hanya sebilangan kecil masalah sembelit kanak-kanak disebabkan penyakit.

ANTARA RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN

Rawatan perlu diteruskan sehinggalah kanak-kanak boleh buang air besar seperti biasa. Antara rawatannya ialah:
~    Memupuk tabiat ke tandas – Kanak-kanak yang ada masalah sembelit perlu dibiasakan duduk di atas mangkuk tanda secara teratur. Ini termasuklah duduk di tandas selama tiga hingga lima minit selepas sarapan, makan tengah hari dan malam. Mereka perlu duduk di atas mangkuk tandas walaupun tiada rasa mahu buang air atau mereka sudah buang air sebelum makan. Untuk menggalakkan tabiat ini, ibu bapa boleh memberi pelekat atau bintang sebagai penghargaan.
~    Ajar anak untuk ke tandas apabila terasa mahu buang air.
~    Buang pengalaman menyakitkan. Ini boleh dibantu dengan menggunakan ubat pelawas (makan) untuk melembutkan najis selama beberapa minggu. Ia akan memudahkan perjalanan najis dan memberi masa kepada luka untuk sembuh.
~    Ramai kanak-kanak takut terjatuh ke dalam mangkuk tandas. Untuk mengatasinya anda boleh meletakkan bangku kecil dan rendah di atas kakinya.
Selain ini galakkan anak untuk makan lebih sumber serat terutama bagi yang ada kecenderungan mengalami sembelit. Berikan anak sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari seperti plum, prun, kismis, aprikot dan pic (tidak perlu dikupas kulit).

Jika boleh, pujuk anak makan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari. Bagaimanapun ia bukan mudah jadi gantikan dengan bijirin seperti bran, gandum hancur atau oat. Elak bijirin yang diproses seperti emping jagung kerana ia kurang atau tiada serat.

Beli roti mil penuh dan bukan roti putih. Hadkan pengambilan susu lembu kepada 500 milimeter sehari dan elakkan minuman manis sebelum makan untuk merangsang dan memperbaiki selera anak.

Jika anda syak bayi (kurang 12 bulan) mengalami sembelit, bawa berjumpa doktor. Anda mungkin perlu menukar susu formula kerana ada yang tidak seusai untuk anak anda.

Bagi bayi berumur enam bulan ke atas, masukkan lebih buah dan sayur dalam diet mereka. Anda boleh beri prun atau aprikot yang direnih dan ditapis (tiga sudu makan setiap minggu) atau jus prun yang dicairkan.


Selain dari penyelesaian diatas, anda juga boleh bagi anak-anak anda MEALSHAKE, yang mana ianya penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak...

Info lanjut tentang mealshake, boleh hubungi saya.

Salam sayang  dari saya

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
LIKE page Saya : Azalea Beauty & Healthcare

1 comments:

Unknown said...

good sharing.. tempt datang blog say yer :)

www.iammummymars.blogspot.com.

Post a Comment

 
Blogger Templates