Ads 468x60px

Showing posts with label Pengedar Shaklee Singapore. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Singapore. Show all posts

Monday, 23 November 2015

Vitamin C Mencegah Stroke



Ada banyak bukti bahawa diet tinggi antioksidan yang kaya buah dan sayuran membantu menangkal penyakit kardiovaskular .

Namun beberapa kajian penting menunjukkan bahawa mereka dengan tahap tertinggi vitamin C dalam tubuh mereka berada pada risiko paling rendah untuk mengalami stroke 
( terutama pada wanita ) .


Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

5 Manfaat Utama Vitamin E



(1) Mencegah kedut (Anti-aging)

Vitamin E menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Ia merawat kedutan dengan meningkatkan pengeluaran kolagen, tisu perantara yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E juga merawat kedutan dengan menyokong dan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.

(2) Parut

Parut merupakan tisu kulit degil yang disebabkan oleh terbakar, luka lama, pembedahan dll. Vitamin E mencegah dan membantu penyembuhan parut kerana ia bertindak dari bawah permukaan kulit untuk menghalang radikal bebas. Radikal bebas boleh menghalang penyembuhan kulit . Kuasa antioksida yang kuat di dalam vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen, yang memberikan keanjalan kulit.

(3) Jeragat

Jeragat pada kulit disebabkan oleh penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Vitamin E minyak menghalang dan pembaikan kerosakan radikal bebas. Apabila disapu kepada jeragat pada kulit, ia membantu melicinkan kulit kasar dengan pelincir membran sel dan menggalakkan pertumbuhan semula sel.

(4) Cuticles

Vitamin E adalah satu rawatan berkesan untuk cuticles yang kering dan retak. Vitamin E membantu kuku dan cuticles rehydrate dan melicinkan mereka serta mengelakkan retak masa depan.


Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam


SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Tuesday, 20 October 2015

Petua Hilangkan "STRECHMARK" selepas bersalin


Stretchmarks merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara.
.
Stretchmark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan, yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.
.
Pengambilan Vitamin E yang konsisten boleh menghilangkan parut dan stretchmark bersalin ini.
.
Ini kerana Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya.
.
.
~ A'thirah Aider ~

019.770.09.57

I'm Young Entreprenuer

#promosi
#kttshaklee
#korangtautak
#shaklee
#simpangrenggam
#sid1115221
#YESshaklee
#october
#beli1percuma1

Sunday, 27 September 2015

Kalsium Penting untuk Kesihatan Tulang


Kita memerlukan kalsium yang cukup setiap hari bagi menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan menyokong sistem saraf.

Ia juga penting dalam merawat tulang yang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 

Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tidak berbau dan sesuai untuk mereka yng tidak suka minum susu.

~ A'thirah Aider ~
019.770.09.57


I'm Young Entrepreneur

http://azalea-beauty.blogspot.com

Sunday, 13 September 2015

Pengambilan Vitamin E Mencegah 80 Jenis Penyakit

Menurut satu kajian, pengambilan Vitamin E sebenarnya dapat membantu mencegah sehingga 80 jenis penyakit...

Rata-rata mereka yang memilih Vitamin E adalah disebabkan manfaat yang mereka perolehi seperti...

1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya
2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
7. Membantu melancarkan peredaran darah
8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
9. Mengurangkan parut(boleh disapu pada tempat parut)
10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
11. Meningkatkan pengeluaran air mani
12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
13. Menguatkan dinding kapilari
14. Mengurangkan tekanan darah
15. Membantu mengekalkan  kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit
16. Kulit dan rambut menjadi sihat
17. Mencegah anemia
18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk
20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran
22. Merapatkan hubungan suami isteri@Vitamin Cinta
23. Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
24. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Banyak sungguh kan manfaat yang diperolehi.... Sehari hanya ambil 1 biji je.. Mudah...

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

#kttshaklee : Fakta ESP #4


Korang Tau Tak...

Bahan anti-tiroid dan anti-pertumbuhan dalam soya ESP disingkirkan.

Dr Shaklee adalah orang yang telah menemui kaedah untuk melakukan hal ini.

Dalam soya yang mentah mengandungi enzim anti-tyrosine, dan kaedah mencuci kacang soya dengan menggunakan air akan mengekalkan enzim tersebut.

Soya pilihan anda ?

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Thursday, 10 September 2015

#kttshaklee : Fakta ESP #3


Korang Tau Tak...

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. 

Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone.

Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. ..

Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. 

Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.


Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider


Monday, 7 September 2015

#kttshaklee : Fakta ESP #2


Korang Tau Tak...

ESP Shaklee membekalkan sepenuhnya 9 jenis asid amino perlu dan juga yang tidak perlu. 

Pentingnya mengambil 9 jenis asid amino perlu ini kerana ia tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia itu sendiri dan perlu didapatkan daripada makanan/minuman contohnya seperti ESP ni. 

Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.

Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Sunday, 6 September 2015

Protein Makanan Kepada Sel-Sel Tubuh


Protein adalah asas kehidupan sel-sel tubuh kita. 25% daripada tubuh kita terdiri daripada protein - kuku, rambut, kulit dan otot. Oleh itu, secara tidak langsung, protein juga adalah 'makanan' kepada sel-sel tubuh kita. 

Tubuh kita memerlukan protein yang cukup dan juga berkualiti demi membantu untuk memperbaiki sel-sel yang rosak, mengganti sel-sel yang lama dan membina sel-sel baru yang sihat. 

Sel-sel tubuh yang sihat pula penting demi membantu penyerapan optimum nutrien ke dalam tubuh kita.

Jadi, bagaimana anda memilih protein yang terbaik dan berkualiti untuk sel-sel tubuh anda ?

(Tira memilih protein keluaran Shaklee sebabnya, protein Shaklee Non-Gmo dan berkualiti tinggi)


Salam Sayang dari Tira


Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Riboflavin dalam Makanan Tambahan Serta Kelebihannya



Tahu tak apa kepentingan Riboflavin dalam sesuatu makanan tambahan / suplemen ?

Riboflavin lebih dikenal sebagai vitamin B2 yang merupakan salah satu anggota dari keluarga vitamin B komplek. Vitamin ini dapat dijumpai dalam kandungan susu cair segar. 

Vitamin ini memiliki peranan penting dalam menukarkan karbohidrat menjadi gula sederhana yang dikenal dengan nama glukosa. Tanpa adanya glukosa, tubuh tidak boleh menghasilkan tenaga.

Di dalam produk Shaklee, ada 2 jenis iten yang mengandungi Riboflavin ni iaitu ESP dan juga B-Complex.

Menurut RDA (Recommended Dietary Allowance), Vitamin B ni hendaklah diambil setiap hari mengikut keperluan badan dalam diet seharian.

Bagaimana pula dengan kelebihan yang ada pada Riboflavin ni ?

1) Riboflavin telah dibuktikan mampu mencegah perkembangan kanser. Di mana, ujian terhadap tikus menunjukkan bahawa tikus yang diberikan karsinogen sebenarnya gagal mengembangkan sel kanser pada tingkat yang lebih tinggi bila diberikan dos Vitamin B2 yang banyak.

2) Riboflavin memiliki kemampuan untuk membantu menjaga sistem kekebalan tubuh berfungsi dengan baik.
3) Riboflavin adalah nutrisi antioksidan. Ia bekerja dengan cara meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas ini jika tidak dinyahkan boleh merosakkan membran sel.
4) Dalam sebuah kajian dan penelitian, menunjukkan bahawa Riboflavin memiliki manfaat psikologi di samping memberikan manfaat bagi tubuh.
5) Riboflavin sangat sesuai ke atas mereka yang menghidap penyakit kulit seperti jerawat, dermatitis, ekzema dan pelbagai penyakit kulit lain.
6) Riboflavin juga memainkan peranan penting dalam kesihatan mata di mana, ia boleh mengurangkan ketegangan mata. Vitamin ini sangat membantu dalam menghindari penyakit glaukoma.

ESP mengandungi Riboflavin yang amat bagus untuk kesihatan kulit dan tubuh badan.. Selain itu, ESP merupakan protein terbaik dimana kacang soya yang ditanam dan diproses dengan penjagaan yang rapi dan berkualiti tinggi.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Saturday, 5 September 2015

Kesan Kekurangan Protein dalam Tubuh Manusia



Kekurangan protein dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan penyakit.. Antaranya ialah...

1) Proses tumbesaran terganggu. Jika berlarutan ia boleh menyebabkan penyakit kwasyiorkor.  Kwasyiorkor ialah penyakit yang disebabkan pemakanan yang tidak seimbang di kalangan kanak-kanak yang lebih tua.

2) Marsmus : Kanak-kanak dan bayi lebih terdedah kepada kekurangan protein. Marasmus adalah disebabkan kekurangan protein yang sangat teruk. Ia adalah penyakit yang membawa maut yang disebabkan kehilangan berat badan yang terlampau dan dehidration (kehilangan air)

3) Cachexia : Ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan otot rangka menjadi lemah dan pengurangan protein. Penyakit ini boleh membawa maut.

4) Luka dan penyakit lembat sembuh

5) Tubuh menjadi kurang berdaya tahan terhadap sesuatu penyakit

6) Tubuh menjadi lemah dan lesu

Pilihan protein tira tentunya protein keluaran Shaklee yakni ESP ( Energising Soy Protein )... Pilihan anda ?


Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Selenium Dalam Vitamin E


Dalam mengambil vitamin E anda perlu mengambil selenium bersama. Vitamin E Shaklee turut mempunyai Selenium(65mg) dan Ekstrak Biji Anggur(38mg) bagi memberikan kesan yang terbaik kepada pengguna.

INFO : Selenium merupakan mineral yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil. Selenium adalah mineral yang termasuk dalam kelompok zat gizi mikro , yang bermaksud jumlah yang diperlukan oleh tubuh kita sangatlah sedikit tetapi mempunyai peranan yang besar dalam sistem biologi tubuh kita.

Meskipun diperlukan dalam jumlah yang sedikit tetapi selenium memberikan jutaan manfaat.... Apabila digabungkan bersama Vitamin E, selenium boleh menghasilkan kesan sinergis sebagai antioksidan yang fungsinya adalah untuk melambatkan pengoksidaan asid lemak tak tepu sehingga dapat membendung bahaya radikal bebas

Mari semak Vitamin E yang anda amalkan samaada mempunyai selenium atau tidak...

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Thursday, 3 September 2015

Protein Salah Satu Nutrisi Ibu Hamil

Protein merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil dan ia memang memiliki banyak manfaat untuk kesehatan ibu hamil. Selain menjadi sumber bagi kalori dan zat pembina, pembentukan darah dan sel merupakan salah satu fungsi protein. 

Protein dirangkumi dari berbagai sumber dan diperlukan oleh ibu hamil dengan jumlah 60 gram setiap harinya atau 10 gram lebih banyak dari biasanya. Protein boleh didapati dari kacang-kacangan, tempe, putih telur, daging dan tahu.

Dan perlu diketahui, kurang protein pada wanita hamil berisiko menyebabkan bayi lebih kecil, bayi mengalami masalah seperti bibir sumbing atau kelainan bentuk. Bahkan, kekurangan protein menyebabkan penghasilan susu ibu yang tidak sempurna semasa proses penyusuan kelak.

Oleh itu, hendaklah para ibu-ibu hamil mengambil protein yang secukupnya untuk memastikan janin dan ibu mendapatkan nutrisi yang diperlukan.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Tuesday, 1 September 2015

Salah Siapa ESP Jadi Kegemaran Ramai ?

Salah Siapa ESP ni jadi kegemaran Ramai ?.... Salah Sape ?....

Salah ESP LA... Tu la sedap sangat... Kesan pun meletop-letopsss.... Tak Caya ? Betul ni ?... 

Maii.. Tira kasi satu luahan penggemar ESP yang meletops ni.... Korang baca sampai habis pastu komen sendiri ok... Haha..


Gini Citenyeerrrr...

I nak gtau yang I ni peminat setia ESP..atau nama panjangnya Energizing Soy Protein.Ya Allah dia punya sedap tak yah cakap laa..grrr sedap mek! shake sejuk- sejuk mmg ohsemmm..

Laaa tu je ke best nye ESP ni just sedap? errr......

Haha dok aih. Sebab ada kebaikan la sampai hari ni saya consume ESP Shaklee ni..saya minum dulu just sebab nk kurus...tapi sambil target nak kurus tu saya perasaan kulit macam jd lembab je.. lembut tau.. maka saya pun google tanya-tanya yg lebih pakar ada apa dalam ESP ni..jeng3... pembongkaran rahsia .tadaaa!!!!

(rahsia la sangat, ko bace je la maklumat nutrisi kat botol esp tu haha) tp tu nama2 saintifik boh..

ha mampu amik semua ni tiap2 hari? tayah susah2 dah, dlm ESP dah ade semua ni da...

Murid2, dengar ye...ehemm...
badan kita hanya hasilkan asid amino tak penting...

mereka sudah...? anda bila...??

saya tak gebang aih..hehe saya cakap sbb saya sukaaaaa gila ESP nih.. nak lg sedap tambah la pisang ke, mangga ke, oreo ke pastu shake.. ya ampun aku bisa gilaaaa dgn kesedapan ESP hik3...

tapi kalau nak kurus tayah shake dgn biskut bagai, tu dah tambah nilai kalori tu...haaa....

Amacam perkongsian penggemar ni ? Best ke best.... Haaaa... Ape tunggu lagi ???

Bulan ni harga best... Sekali grab 2 tong pun memang berbaloi la...
Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Monday, 31 August 2015

Protein Soya Yang Terbaik


Meh la nak belanja satu gambo dengan protein kegemaran tira ni... Ni la rahsia tira kekal bertenaga sepanjang hamil ni... Dah 8 bulan tetap bertenaga tau..  Sssstttt...

Tira memang suka ESP ni.. Sebab nya, ESP adalah protein yang terbaik... Kenapa terbaik ?....

Sebab ESP ni Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Sape yang berminat, hari tira nak bagi harga merdeka... Jom merdekakan kesihatan uoollss jugak...


Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Sunday, 30 August 2015

VIVIX adalah suplement antioksidan semulajadi terbaik.

VIVIX adalah suplement antioksidan semulajadi terbaik. Terbukti secara klinikal mampu melindungi dan membaiki sellular DNA

Vivix Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam melambatkan proses penuaan pada tahap sellular. Vivixmerupakan suplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.


Rasai perubahan kehidupan anda dengan khasiat yang terdapat pada sesudu Vivix setiap hari.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Vivix Dan 100 Gelas Wain Merah.


Satu sajian Vivix mengandungi sama banyak Resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah. Sangat sesuai untuk orang tua atau mereka yang tidak suka kepada pil dan kapsul.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap sellular iaitu ;

1- Kerosakkan DNA - Melindungi dan membaiki sellular DNA
2- Pengawalan Genetik - Memberi impak positif kepada pengawalan genetik yang menolong melambatkan penuaan
3- Pengeluaran Tenaga Yang Kian menurun Oleh Sel-sel - Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria (penjana tenaga)
4- Penimbunan Protein AGE - melambatkan pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation End products)

Salam Sayang dari Tira


Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Friday, 28 August 2015

Vitamin B Membantu Dalam Fungsi Sistem Pertahanan Tubuh Dan Saraf Yang Sihat

Sakit saraf bukan saja melibat saraf yang berada di anggota tubuh seperti tangan dan kaki. Ia menyebabkan rasa kebas, tiada kekuatan untuk bergerak dan ada kalanya terasa sakit cucuk mencucuk.

Sakit saraf juga menyebabkan pesakit mengalami sukar bernafas, masalah penghadaman dan masalah penglihatan dan pendengaran.

Apa yang lebih merisaukan ia boleh menyebabkan rasa kemurungan, tidak bersemangat dan letih pada diri pesakit.


Setiap komponen dalam vitamin B Complex Shaklee memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B Complex Shaklee boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex Shaklee juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Vitamin B Complex keluaran Shaklee dan cara membuat tempahan, boleh hubungi tira. Segala pertanyaan dari anda akan tira jawab dengan segera dan sebaiknya. In Shaa Allah.

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Wednesday, 26 August 2015

6 Manfaat Ostematrix bagi Ibu Mengandung


Ostematrix ialah tablet yang tinggi dengan kalsium dan kalsium sangat diperlukan oleh ibu yang sedang mengandung.


Apakah manfaat Ostematrix pada ibu yang sedang mengandung ?

1- Membekalkan kalsium secukupnya

1 tablet Ostematrix bersamaan dengan 1 cawan susu tinggi kalsium. Sekiranya ibu hamil tidak gemar minum susu atau mengalami alahan terhadap susu ketika hamil, pengambilan OSTEMATRIX sangat membantu ibu mendapatkan kalsium yang cukup.

2- Mengurangkan kebas-kebas dan sakit pinggang

Ketika hamil, adalah perkara biasa pada ibu mengalami sakit pinggang dan kebas-kebas. Dengan pengambilan OSTEMATRIX ini mampu mengurangkan masalah tersebut.

3- Mengimbangi tekanan darah

Tekanan darah tinggi adalah masalah biasa yang dialami oleh ibu yang sedang hamil. Maka dengan pengambilan OSTEMATRIX yang konsisten dapat membantu ibu hamil menstabilkan tekanan darah.

4- Menggalakkan tidur yang selesa

Apabila kandungan semakin membesar, ibu hamil mula berasa kurang selesa untuk tidur. Justeru, pengambilan OSTEMATRIX mampu memberikan keselesaan kepada ibu hamil.

5- Mengelakkan sembelit ketika hamil

Masalah sembelit juga sering berlaku kepada ibu hamil. OSTEMATRIX bukan sekadar kalsium tetapi mengandungi Magnesium yang secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis dan juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. 

6- Mengelakkan dari terkena cramp @ kekejangan

Kejang kaki adalah akibat daripada kekurangan mineral kalsium dan magnesium. Kandungan OSTEMATRIX yang lengkap dengan kalsium, magneseium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. 

Jadi,kepada ibu-ibu hamil yang ingin mendapatkan OSTEMATRIX, boleh hubungi tira ye..

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider

Apakah itu Herb-Lax ?

Herb-Lax merupakan suplemen yang mengandungi 9 herba semula jadi iaitu : alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. 


Jom Baca pula fungsi setiap herba yang ada dalam herb lax ni :-
  1. Alfalfa Leaves : Membersihkan usus, darah dan hati
  2. Senna Leaves : Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  3. Anise Seeds : Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  4. Blue Malva Flower : Membantu prose detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  5. Buckhorn Bark : Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan kepada usus
  6. Licorice Root : Membantu proses detoksifikasi
  7. Rhubarb Root : Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  8. Fennel seed : Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus
  9. Culver's root : Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

Tahukah anda !!

Herb-Lax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan. Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos kepada 5-8 biji dan boleh kembali ke dos asal setelah proses pembuangan kembali normal. 

Info lanjut dan tempahan untuk produk ini boleh hubungi tira ye..

Salam Sayang dari Tira

Shaklee Simpang Renggam

SID : 1115221
Whatsapp Saya : 019-7700957
Cari saya di FB : A'thirah Aider
 
Blogger Templates