Ads 468x60px

Tuesday 18 November 2014

Anak KU Ufairah...


Assalamualaikum pembaca budiman... 

Hari ni tira nak kongsi kisah anak perempuan tira yang pertama... Nama diberi, Nur Azalia Ufairah binti Mohd Akmal... Di lahirkan di hospital Kluang pada 28hb April 2012 dengan berat 2.3kg.. Ufairah dilahirkan dalan keadaan prem 33 minggu 6 hari selepas seminggu air ketuban tira pecah.. Alhamdulillah ufairah selamat dilahirkan.

Selepas sehari bersalinkan ufairah, ufairah dihantar ke hospital Muar sebab doktor cakap ada jangkitan kuman di paru-paru dan masa tu doktor cakap ufairah hanya 50-50 je.. Untuk dapatkan rawatan yang lengkap so, dia kene antar kat Muar. So tira dalam keadaan berpantang terus pergi ke hospital Muar bersama Suami.. Ufairah pula, dibawa berasingan menaiki ambulan.

Sungguh tidak kuat bila melihat anak yang dikandung sembilan bulan terlantar dalam inkubator.. Bernafas gunakan bantuan oksigen, cucuk sane cucuk sini untuk dapatkan bantuan ubat agar ufairah dapat stabil seperti sediakala... 

Semasa di hospital, tira selalu bercakap ngan ufairah... Ari-ari cakap dengan dia macamni, "Sayang, ibu nak dokong sayang.. Cepat sembuh ye Azalea.. Ibu tunggu kat sini..."..

Alhamdulillah, bila ari-ari berbual dengan ufairah, seolah-olah dia dengar apa yang tira ucapkan.. Dan selepas 2 minggu, ufairah dibenarkan pulang.. Tapi perlukan pemantauan setiap bulan.

Ni la wajah ufairah selepas 2 minggu dilahirkan dan selamat balik ke rumah mak tira...


Sekarang ufairah dah berusia 2 tahun 7 bulan... Ufairah bukanlah seperti yang diperkatakan ramai, bahawa anak prem ni, lambat membesar, lambat pick up.. kirenye smuenye lambat.. bagi tira, ufairah sedikit pun tak nampak macam anak yang tidak cukup bulan.. alhamdulillah.. ufairah membesar dengan sangat aktif...


Sedikit perkongsian tentang biodata ufairah ni...

1- Ufairah suka makan sayur, dan suka buat... kalau g supermarket, nampak je buah mmg terus nak sampai dapat.... tomato pun dia makan macam tu je tau....
2- Ufairah suka dengar zikir dan sekarang, kalau dengar zikir memang boleh ikut la.. siap dodoikan adik dengan zikir lagi...
3- Ufairah memang seorang yang cepat belajar, dia ni senang nk duplicate orang.. just tengok skali terus blh buat... ha, lagi2 kalau adik dia wat salah... marah adik pun ada gaye... hehhehehe...
4- Dalam usia 2 tahun 7 bulan ni, dah nampak dia nak berdikari... Baju dan suar nak pakai sendir, tak bagi mak tolong... sikat rambut pun nak buat sendiri.. 
5- Pandai juak pujuk adik kalau adik nangis... dan memang sangat pandai cari pasal dengan adik jugak... paling best bile boleh nampak yang ufairah ni meman sayang kat adik dia...
6- Dah pandai dah kalau dia tengah tgk tv, tak boleh tukar... tak boleh halang dia tengik tv.. hihiu
7- Haa, ni la yang paling kelabor.. mentang-mentang mak dia jual supplement, asal nampak je cakap "ibu oh ibu... Nak ubeett bu...".. Ha,, nak UBET k, bukan UBAT... lalalalala...
8- Pandai dah ikut ibu solat, mesti nak pakai telekung jgk bile ibu solat.. 
9- Memang suka pakai tudung bile kuar umah... dan tak pernah nak tanggalkan.. kadang nak betul kan tudung, tira bukak pun dia dah marah.. hihihi
10- Supplement yang tira selalu bagi dan paling ufairah suka ialah Omega Guard, Mealshake, dan Chewable Vita C.. Omega Guard tu, dia makan macam tu je... Tekak dia memang power.. Semua boleh telan.. Memang HEBAT kan... Hahaha

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi tira seorang anak yang bijak, cerdik, cergas, pintar... Semoga ufairah akan menjadi anak yang solehah untuk mase hadapan...


BERGAMBAR BERSAMA ADIK, MUHAMMAD AMSYAR


"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates